JELITAWAN di atas bukan ratu cantik atau model, sebaliknya mereka adalah wakil rakyat yang mewakili 55 masyarakat minoriti di China yang terdiri daripada keturunan Mongolia, Korea, Orogen hinggalah kepada Uighur yang beragama Islam pada persidangan Kongres Kebangsaan Rakyat (NPC) di Beijing, semalam. – REUTERS
BEIJING 9 Mac – China tidak akan sesekali menjadi negara mengamalkan demokrasi ala-Barat, kata Pengerusi Kongres Kebangsaan Rakyat (NPC) China, Wu Bangguo sebagai reaksi kepada seruan bagi pembaharuan politik dari dalam dan luar negara.
Semasa berucap pada sidang tahunan sembilan hari kongres tersebut, Wu membentangkan hujah yang menyeluruh bagi menggariskan sistem satu parti komunis China dan menjelaskan perbezaannya dengan amalan sistem pelbagai parti politik di Barat.
China ujar beliau, tidak akan sesekali memperkenalkan sistem ‘pelbagai parti untuk memerintah secara bergilir-gilir’, atau membenarkan pemisahan kuasa di kalangan penggubal undang-undang, eksekutif dan perundangan atau badan penggubal yang berbentuk dewan rakyat atau dewan negara.
Kenyataan Wu tersebut yang menekankan keutamaan terhadap ‘laluan sosialisme dengan perwatakan China’, kelihatan tindakan sengaja untuk menyanggah pengkritik di dalam dan luar negara yang menyeru dilakukan lebih banyak liberalisasi termasuk mewujudkan parti pembangkang dan pilihan raya bagi badan-badan penggubal undang-undang.
Kenyataannya berhubung isu berkenaan disifatkan lebih panjang berbanding ucapannya tahun lalu, dimana beliau hanya menyentuh sepintas lalu mengenai penolakan China terhadap pemisahan kuasa.
We juga menolak mentah-mentah usaha memberi kebebasan yang lebih kepada badan perundangan, dengan berkata, Parti Komunis yang sungguh berkuasa di China akan terus menentukan piawaian dan keutamaan yang dimahukan untuk mahkamah dan pendakwa raya patuhi.
‘‘Model sistem perundangan Barat tidak boleh ditiru secara mekanikal dalam sistem kita,’’ ujar Wu.
Ucapan beliau itu menggariskan tugas dan peranan Jawatankuasa Kerja NPC iaitu badan yang memiliki 74 anggota bagi menguruskan hal- ehwal perundangan.
Anggota-anggota NPC disaring secara berhati-hati dan berperanan membincangkan serta meluluskan keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan parti.
Menurut Wu, China berhasrat untuk mewujudkan ‘sistem perundangan sosialisme yang memiliki perwatakan China’ menjelang tahun depan, yang akan dicapai menerusi pelaksanaan dan penyusunan semula perundangan tetapi bukan pengubahsuaian berstruktur.
Katanya, tugas penggubal undang- undang tahun ini akan bertumpu pada merangka undang-undang meliputi program sosial seperti penjagaan kesihatan, persaraan dan pendidikan. – AP

No comments:
Post a Comment