Tuesday, July 21, 2009

Sumanto digeruni kerana 'makan orang'

Sumanto

PURBALINGGA: Seorang lelaki Indonesia, Sumanto mencetuskan ketakutan di kalangan penduduk hingga terpaksa diasingkan daripada masyarakat kerana memakan daging manusia meskipun sudah berhenti daripada tabiat itu.

Dia pernah digelar pemakan orang kerana suka makan daging manusia sehingga sanggup menggali mayat seorang wanita tua semata-mata untuk mendapatkan hidangan yang 'murah dan sedap'.

"Daging itu sungguh sedap," kata Sumanto di sebuah pusat pemulihan di luar bandar Jawa Tengah.

"Saya suka makan semua jenis daging selagi ia dimasak. Tetapi, saya tidak lagi makan orang. Sekarang saya makan bayam," katanya.

Jika di negara lain, petani seperti beliau berusia 37 tahun dari kampung Palumutan itu akan menerima rawatan psikiatri khas di sebuah kemudahan yang selamat.

Tetapi, tidak di Indonesia. Dia menghabiskan masa lima tahun di penjara biasa yang turut menempatkan pencuri kerana menakutkan orang ramai sebelum dibebaskan terus ke kampung halamannya tanpa sebarang rawatan susulan.

Jirannya yang takut memulaukannya menyebabkan Sumanto dihantar ke sebuah pusat pemulihan berhampiran.

"Tiada siapa sukakannya. Penduduk kampung memanggilnya 'pemakan orang' dan takut kepadanya," kata pengarah pusat berkenaan, Supono Mustajab.

Bekas pengerusi Persatuan Perubatan Indonesia, Kartono Mohammad berkata tiada institusi rasmi di negara itu dibina bagi menempatkan penjenayah 'tidak waras' walaupun rayuan dibuat pakar kesihatan mental.

"Hingga kini, Menteri Kesihatan (Siti Fadilah Supari) tidak kisah. Beliau tidak berminat dalam isu ini. Perkara ini bukan satu isu yang diberi keutamaan," katanya. "Saya amat prihatin. Di beberapa negara lain, rakyat seperti Sumanto akan ditempatkan di sebuah pusat perlindungan, bukan di penjara. Bagaimana jika keadaan beliau berulang? Ia akan menjadi satu masalah sosial. Beliau perlukan kaunseling dan perubatan," kata Kartono.

Di pusat pemulihan itu di Purbalingga, bersebelahan kampung Sumanto di Palumutan, kakitangannya berkata, Sumanto berkelakuan ganas dan tertekan selepas dibebaskan dari penjara pada 2006.

"Kehidupan di penjara memberi kesan buruk kepadanya. Dia tidak akan makan atau minum serta bersikap pemarah. Kami perlu kawal biliknya siang dan malam supaya dia tidak ganggu orang lain,' kata Mustajab.

Di pusat itu, beliau diajar membaca al-Quran dan digalakkan untuk bersukan, bertani dan menangkap ikan untuk menghilangkan tekanan. - AFP

3 comments:

Admin CCZ said...

bagi je Sumanto ni berkawan dengan Nizar dan Anwar Ibrahim..sama saja teruknya..sorang 'makan orang', dua lagi 'pelingkup orang'..sama-sama share perkataan yang sama..kejiwaan..

Ekeng A/L Etong said...

Berguna jugak orang macam Sumanto kalau datang kat Malaysia. Macam CCZ cadang pun boleh jugak. Tapi daging Nizar dengan daging Anwar tak sedap pasai banyak dosa.

Satu lagi... kita hantar dia pi Pusat-Pusat Serenti. Di situ makanan jenuh. Semua bangkai bernyawa, tunggu hari nak mati!

Mrs Who? said...

erkk.. seramnyaa.. even thought dia dah insaf.. tp errkk.. tak sanggup nak berjirankan dia.. seram2..